Sunday, January 23, 2011
Kesibukan Yang Penuh Bermakna
Tuesday, October 26, 2010
Makan Exam, Tido Exam, Mandi Exam, Cinta Exam
Aku sendri xsgka dlm sedar x sedar exam da tiba...mcm sekejap jer masa belajar...tertanya gak betol ke da smpai masanya exam...bila dekat tangan da memegang slip exam bru tersedar da nk exam rupanya....aduhai...bleh ke jawab exam nnt...dlm klas byk sgt main...assgment pn masih berlambak nk disiapkan...minggu ni da mula exam...huhu...aduhhh...kepala dilanda kekusutan lak...
Tapi suma tu da mnjadi adat bagi seorang yang bergelar mahasiswa untuk menghadapi medan perang yang bergelar exam ini...masa ni la ramai di antara mahasiswa mula bertungkus lumas menyiapkan assgment yang tertangguh sekian lama...haha...keje last minute katakan...masa ni la ramai mula sibuk..status ym dan fb penuh pasal exam dan asggment...apa2 pn keje mesti jlnkn mana taknya tu lah markah yang akan membantu nnt...huhu...ada smpai tak tido dua hari menyiapkan assgment bkn tu jer smpai xde dlm bilik da...menghabiskan masa di fak sahaja...klau siap assgment bleh la fokus tuk exam...
Akhirnya smpai gak masa nk study tuk exam...dlm angan2 dpt la kejar suma silibus yang blaja...tp masa ni la nk mula contact mmbr2 nk cari nota, nk tanya soalan sbb tak faham...kelam kabut...bila byk sgt nota plak mula rase malas...masa tu la mood xde nk baca nota...mula la main game, kluar, borak2...nak cari ketenangan la katakan...bila esok nk exam mula la kelam kabut nak cari buku,nota...selama ni da khusyuk ngan keduniaan...masa ni la makan exam, tido exam, mandi exam, cinta exam....huhu
Apa pun geng walau mcm mana pn ssh exam kita kena hadapi dengan hati yang terbuka...kita kena berusaha dan jgn sesekali putus asa kerana Allah telah berjanji ngan hambaNya bahawa Allah akan memberi ganjaran kpd hambaNya yang berusaha...so geng bila kita da berusaha jgn plak kita lupa bertawakal..ingat yang memberi rezeki adalah Allah..segalanya adalah ketentuanNya...so fikir-fikirkanlah....
p/s:smpt gak aku wt blog wlaupn nk exam...hahaha...apapn geng....gudluck in exam k...kita sama2 doa agar berjaya di dunia dan di akhirat...
Thursday, September 30, 2010
Rancangan Tuk Kanak-Kanak
Tuesday, September 28, 2010
Gila Berkawan
Dalam berkawan ni kita kena pandai krn klau salah pilih kawan akan merana diri sendiri bak kata pepatah kawan makan kawan…kawan yang jenis mcm ni la kita amat takut…ada juga jenis kawan talam dua muka…didepan kita baik tp dibelakang kutuk kita habis2…memang
Monday, September 27, 2010
TANDAS KITA BERSAMA
Tuesday, September 21, 2010
Bestnya IT
Baru-baru ni saya balik kampung…fuhh!!!udara kat kampung ngan bandar memang berbeza...segar, byk oksigen, redup-redup...memang best...kat kampung la bleh buat banyak aktiviti..gi mandi sungai, gi kebun, tengok kolam ikan (bagi sape yang ade), tangkap ikan kat lombong macam-macam lagi la bleh buat...kat kampung la ade buah bleh kita makan...memang syok habis...kat kampung jugak la bleh jumpa sedara mara...ye lah mereka lah teman bermain, teman berborak, teman stay up dr kecik sampai la ke besar...klau jumpa mesti ade macam-macam nak bercerita mana taknya masing-masing duk tempat lain ada kat johor, perak, melaka, selangor...kat kampung je la nak jumpe...
Tapi skrang memang dah lain…budak-budak skrang hanya balik kampung sahaja terperap dalam bilik main hanset masing-masing…perghhh…apa suma ni...kita balik kampung bukan nak layan benda-benda teknologi ni...masa ni la nak erat silaturrahim...nak tahu pengalaman masing-masing...bukannya nak update facebook, nak chating, nak bertukar-tukar lagu kat hanset, main game...tak salah klau kita ni pandai IT tapi jangan la buta sosial...kita kena bersederhana dalam suma perkara...klau kita balik kampung cuba kita lihat ape yang sedar kita buat...adakah mereka dengan teknologi yang meraka miliki atau bersama kita...
![]()
Cuba kita lihat budak-budak skrang sumanya leka dalam dunia IT…pernah saya tanya seorang budak ketika saya mengambil angin di taman permainan... “adik punya hanset ke”...dia kata “yup...canggih kan bang”...borak punyer borak rupanya adik tu baru 9 tahun...kecik lagi dah ada henset yang canggih dari saya...hebat gak mak ayah dia beli hanset tuk anak dia yang kecik lagi...ingat lagi henset pertama saya yang dapat masa upper 6...masa tu pun jarang guna...ye la nak guna buat pun duk asrama kan...haha...sememangnya klau kita lihat budak-budak skrang memang dekat dengan teknologi sehinggakan tidak mahu keluar rumah, tidak mahu menziarahi sedara mara lebih seronok dengan dunia IT...tak salah kita nak berIT tapi biarlah berpada-pada jangan sampai kita dimakan dalam dunia IT....fikir-fikirkanlah.....
Sunday, September 19, 2010
RAGAM RAYA KITA
Tak sangka kita dah masuk syawal kn…rasa sekejap jer kita berpuasa…masa nak raya esok lah masing-masing mula sibuk…mak dekat dapur melalak bagi arahan suruh potong bawang, potong daging, cari buluh, cari kayu api macam-macam lagi…riuh sekampung…hahaha…tapi dalam sekelip mata jer sumanya siap esok pagi…mana taknya bersengkang mata nak siap sumanya…pagi-pagi tu la nak bersiap lawa-lawa, wangi-wangi nak mengerjakan ibadah sunat hari raya di masjid.
Masa di masjidlah saya lihat ramai orang di masjid berbanding hari dan waktu yang lain…mana taknya sembahyang raya kan setahun sekali yang lain hari-hari ada…waktu ini la ramai orang berkejar-kejar ke masjid sampai tak cukup ruang nak sembahyang…ye la orang kata waktu istimewa….saya pun hairan jugak ramai rupanya sembahyang sunat raya…tapi mana pulak masa solat subuh, zohor, asar, magrib dan isyak…mungkin waktu tu sibuk dengan bekerja dan mungkin rumah terlalu jauh…
Masa ziarah lain lak kerenah orang kita ni…mana taknya macam-macam benda nak makan ye la dah sebulan berpuasa…waktu raya la kita boleh rasa macam-macam rending, ketupat, lemang, soto, kuih raye dan macam-macam lagi…fuh memang bergelora nafsu…kuih bukan sejenis ada banyak..almond londan, tart, sarang semut, biskut kacang banyak lagi la…memang nak rasa semua kalau boleh…hahaha…ada yang sampai kembung perut tak larat nak bernafas makan time raya nie…tu baru sehari beraya bila dah tiga hari beraya ramai dah naik berat sampai berkilo-kila…hehe…terpikir jugak saya, kita ni kalah dengan nafsu ke sampai makan tak ingat dunia…ish3x…apa gunanya kita berpuasa selama ni…agaknya sekadar ibadat semata-mata kowt…mana agaknya kesabaran, kawalan nafsu…entah la…yang tu korang fikir-fikirkanlah….