Monday, September 27, 2010

TANDAS KITA BERSAMA




Hari ni saya nak bcerita tentang tandas yang kita cintai...tandas ni lah yang menjadi tempat igauan tempat kita melepaskan hajat, melabur saham, mendapat ilham dan byk lg...tandas memang menjadi tempat kesukaan ramai...tanpa tandas merana la kita...tandas ni dah menjadi salah satu benda terpenting dalam hidup kita...bkn manusia jer yg melawat tandas malah ada juga makhluk lain yg melawatnya di waktu tertentu...

Pada zaman dahulu zaman kita kecik lg maybe xlahir lg...tandas bknnya dlm rumah tp luar rumah...klau nak buang air pada waktu malam sampai ajak teman...maklumlah takut katakan...kita patut bersyukur krn tandas zaman skrang sumanya di dalam rumah...betapa seronoknya kita boleh melepaskan segala masalah, hajat dgn tenang dan terang tanpa mengharapkan pelita...bkn itu saje tandas di rumah rasa selamat dan bersih tempatnya krn kita menjaga kualitinya...

Adakah kita tahu dimana yg menjadi persoalan skrang ini mengapa kita tidak menjaga tandas di tempat2 lain spt rumah kita...bknkah kita menggunakan bersama kenapa kita tidak mahu menjaganya...takkan kita nk mengharapkan mak cik cleaner utk membersihnya...ada suatu ketika di kolej...saya melihat betapa kotornya tandas dgn najis merata2, abu rokok, bau hancing...perghhh sampai hilang selera nak melepas...huhu...bila tiada mak cik cleaner nak cuci mulalah buat report yang tandas kotor...tp tidak terfikirkah bahawa mereka sendiri yang kotorkan tandas...pandai pulak buat report...diri sendiri tak nak pulak jaga tandas tu...siapa yang salah...bukankah Islam telah menegaskan kita supaya menjaga kebersihan...bersih itu adalah separuh drpd iman...kenapa kita masih mahu kotorkan lg..mana tanggungjawab kita...tidak kira siapa pun kita kebersihan adalah tanggungjawab bersama....

Bayangkan jika jaga tandas guna cara yang betul...sudah semestinya semua akan ikut bersama...tidak timbul masalah kotor lg...klau masing2 hanya mementingkan diri masing2 maka binasa la masyarakat...kita semua sukakn kebersihan kenapa mahu kekotoran...klau rumah boleh jadi pembersih kenapa luar tidak boleh...Ingatlah yg tmpt tandas adalah kegunaan bersama maka kita sendiri juga akan guna maka jagalah dengan sebaik-baiknya...Fikir-fikirkanlah.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails