Tuesday, August 17, 2010

Pendakwah Gila-Gila

Teringat kembali pengalaman saya ketika dalam perjalanan pulang dari membeli-belah dimana ketika berada di dalam bas rapid saya melihat kelibat seorang pak cik berpakaian kemas dengan berkot dan berkopiah di kepalanya. Ketika itu, pak cik tersebut begitu ligat memarahi dan menasihat penumpang-penumpang yang berada di dalam bas kerana kelakuan anak muda zaman sekarang yang pakaian ketat-ketat menjolok mata, duduk berpasangan sambil berpelukan walaupun tidak berkahwin dan tidak berbudi bahasa kepada orang yang lebih tua. Boleh dikatakan pak cik tersebut memarahi semua orang di dalam bas sehinggakan saya merasa pelik akan kelakuannya sehinggalah dia menegur saya dengan sopan tetapi dengan tiba-tiba pak cik tersebut naik angin memarahi saya tanpa mengetahui sebabnya. Oleh itu saya memerhati beliau akhirnya saya faham bahawa beliau adalah gila sebenarnya.

Apa yang menarik tentang pak cik ini ialah beliau berani menegur dan marah atas maksiat yang sedang berlaku di depan kata mata kita dan menggunakan hujah dalil dan hadis sedangkan kita yang celik akal sempurna paincaindera ini tidak berani untuk menegur untuk mencegah maksiat yang berlaku. Ingatlah bahawa kita adalah umat Islam dan kita mempunyai tanggungjawab untuk saling memperingati sesama saudara kita. Bagi saya kita kenalah menjadi pak cik tersebut untuk berani. Pedulikanlah apa orang akan kata bahawa kita adalah pendakwah gila-gila tetapi apabila kita disoal oleh Allah kita menpunyai bukti yang kita melakukan tugas kita sebagai umat Islam.

Jadi mana yang kita mahu samaada yang waras tetapi penakut untuk menegakkan agama Allah atau orang gila yang berani menegakkan kebenaran....fikir-fikirkanlah

"hidup ini perlu banyak memberi dari banyak
dari banyak menerima"

Sunday, August 15, 2010

wanita mengancam lelaki terancam

Tidakkah kita terfikir kenapa begitu banyak kes rogol berlaku, buang anak, khalwat, zina dan bermacam berlaku disekeliling kita. Adakah lelaki yang menjadi punca kepada segala kemaksiatan yang berlaku??? padahal wanitalah yang menjadi punca perkara yang tidak baik berlaku. Lelaki tidak akan terdorong melakukan maksiat sekiranya tiada punca. Seperti yang kita lihat pada zaman kini para wanita memakai pakaian yang amat menjolokkan mata dan katanya adalah mengikut peredaran zaman. Tetapi disebabkan memakai pakaian yang mendedahkan auratlah ramai lelaki yang tidak kuat imannya jatuh ke lembah maksiat akibat terdorong dengan nafsu....

Seperti yang kita tahu aurat wanita adalah fitnah dimana ia adalah satu dugaan bagi kaum lelaki. Setiap aurat dianggota badan wanita boleh menaikan nafsu syahwat seorang lelaki. Allah juga menyuruh kita agar memakai pakaian yang menutup aurat dalam firmanNya:

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab : Ayat 59)

Tidak ada satu ayat pun menyuruh kita memakai pakaian yang ketat-ketat malah menyuruh menutup aurat dan melabuhkannya. Tidak salah jika ingin bergaya atau berfesyen tetapi biarlah berpada-pada. Oleh itu berwaspadalah wanita boleh mengancam iman seorang lelaki.....fikir-fikirkanlah...

"hebatnya seorang wanita adalah wanita yang menjaga auratnya"

Related Posts with Thumbnails