Wednesday, March 23, 2011

BAHASA TEMAN

hari nie aku bukak facebook group anak perak dan aku terjumpe sesuatu yg menarik minat aku...aku terjumpe bahasa ibunda yg terdapat di perak...bru aku tau aku sndri pn da byk lupa perkataan-perkataan yg biasa aku guna dulu...so hari nie aku nk share ngan korang suma bahasa negeri perak yg aku cintai...so harap u all enjoy k...hehehe....

1. kebanyakan perkataan berakhir dengan -as akan dibunyikan dengan -eh (e utk ekor)
gelas = geleh
kelas = keleh
rampas = ghampeh

2. kebanyakan perkataan berakhir dengan -ar akan dibunyikan dengan -o
seluar = seluo
putar = puto
gemar = gemo

3. kebanyakan perkataan berkahir dengan -ir akan dibunyikan dengan -io
air = aio (ayo)
pasir = pasio
kafir = kapio

4. kebanyakan perkataan berakhir dengan -al akan dibunyikan dengan -e (e utk ekor)
kapal = kape
bantal = bante
gagal = gage

5. kebanyakan perkataan yang berakhir dengan -ing akan dibunyikan dengan -in
kuning = kunin
pening = penin
guling = gulin

6. kebanyakan perkataan yang bermula dengan r- atau ditengah -r- akan dibunyikan dengan gh-
rumah = ghumah
merah = meghah
raba = ghabe

7. ada perkataan english yang turut terkena impak loghat perak
last = leh
jangan nak memandai sebut fast tu feh lak...wat malu je, org perak pn xkan sebut camtu...

8. orang luar perak selalu salah faham dengan penggunaan kata ganti diri perak
teman/keme = saya/aku
mike = awak (sorang)
kome = engkau (boleh digunakan utk sorang atau berdua)
kume = kami (lebih dari sorang)
mengkome = engkau orang/korang (ramai)
yob/yeop = panggilan untuk org laki yg kite xtaw nama dia
yob/yeop = juga panggilan untuk ank lelaki sulung
yong = panggilan untuk org perempuan yg kite xtaw nama dia
yong = juga panggilan untuk ank perempuan sulung

9. ramai orang luar perak yang tahu bahawa ate ialah perkataan perak...ramai antara mereka yang asyik tertanya apa maksud ate...sedangkan bagi orang perak sendiri, perkataan ate tu digunakan sebagai penyedap ayat...biasanya, apabila diterjemahkan akan berbunyi seperti "habis tu"...tapi, jangan memandai sebut ate kat setiap ayat...biar kena pada ayatnya...

10. penggunaan matawang ringgit adalah agak unik
1 sen = 1 duit
5 sen = 5 duit
10 sen = sekupang
15 sen = 15 duit
20 sen = 2 kupang
25 sen = 2 kupang 5 duit
RM 1.00 = seghengget
RM 1.25 = seghengget suku
RM 1.50 = tengah 2 ghengget

11. ada beberapa perkataan lain yang langsung takde dalam kamus...berikut adalah antara yang aku masih ingat...
bujuk = ikan haruan
bolen = telanjang bulat
cucor pisang = cekodok pisang
cucor bawang = cekodok bawang
cucor = jirus
cabuk = berkudis buruk
tumpo = mati (bahasa kasar)
pegho = sampan
cebok = alat mencedok air
bebeno = sungguh/sangat
nyor = kelapa
biut = degil
begholoh = tidor
tak sio = tak mahu
teghoyak = menangis
bedeah = tipu/menipu
piat = pulas
petia = perhati
bedek = belek
kela = gaduh
kayo = pergi buang air
kayo beso =berak
kayo kecik = kencing
yangat = kopi atau teh panas
tepek = lempeng
jamban = (selain makna biasa) pelantar atau rakit tempat mandi di sungai dibuat dari batang balak
kulu = kehulu
kelio = kehilir
kedarat = hala menjauhi sangai
kebaroh = hala kesungai
tebin = tepi sungai
telio = teringin
buah kanto = buah enau
koi = kueh
cekelat = gula gula
kutey = cubit halus
kutei = dah lama
nohen = buat dek jer..
kodak/kekodak = lebihan/serbuk kueh
ngekek = ketawa terbahak bahak
ngonyam/gatei = gatal (berkaitan lelaki/perempuan)
seniat = pukul dengan lidi
sidang = hujan berhenti
samo = warna merah jambu
geduak = kerdas (sejenis ulam)
getik = benci
amra = kedondong
meghenin = berkilat
melantak = kuat makan
megholoh = kuat tidor
hambo tebo = bersepah/berselerak
nganto = sejenis permainan anak muda di bulan puasa


amacam ngan bahasa teman...mudah kn...teman harap kome suma bleh faham bahasa teman...mari kita jaga sama2 bahasa negeri kita...klau kita x pertahankan sape lg...fikir-fikirkanlah.....

12 comments:

  1. Pepak leghak : berselerak
    Tebio : tabir/langsir

    ReplyDelete
  2. Kanjai
    Ghontang
    Nyadin
    Terhempor hempor
    Jegei

    ReplyDelete
  3. Orang ipoh memang teruk. Sepanjang 6 tahun aku duduk sana memang dapat banyak sakit hati. Salah satunya diorang tak suka kita lebih daripada diorang sebab kalau lebih memang diorang akan kondem habis-habisan tak pun sanggup santau kita. Adik aku jenis pandai kat sekolah tapi dipulaukan budak sekelas sebab lebih pandai daripada diorang. Jadi pelajaran adik aku merosot sebab nak berkawan dengan diorang terpaksa abaikan pelajaran. Aku pulak pernah cakap aku nak sambung belajar. Nak tau apa diorang cakap? "aku yakin kau tak boleh sebab aku nampak kau macam tak pandai" ada ke dia cakap macam tu. Bersungguh-sungguh dia kata kat aku kalau aku cakap benda yang sama. Tapi sekarang alhamdulillah aku sekarang sambung belajar ijazah kat kl dan tak lama lagi nak graduate. Itu belum lagi bab bukak kedai makan. Kalau korang perasan kat sana kedai makan ada satu jer kat satu2 tempat sebab diorang tak suka bersaing. Kalau bukak sebelah-menyebelah jugak memang diorang akan santau-menyantau. Santau-menyantau ni makanan wajib diorang kalau tak puas hati. Lepas tu kalau diorang lepak tak kira laki atau perempuan memang akan sembang teruk2. Yang perempuan sembang mesti nak mengumpat memanjang, kalau laki diorang jumpa mesti akan cakap "aku tak puas hati kat dia ni". Itu belum lagi kalau bawak kenderaan kat ipoh, memang diorang ni pentingkan diri sendiri. Kalau kita nak bagi signal sebab nak masuk line diorang mesti nak hon memanjang macam tak bagi masuk. Dah la suka cucuk belakang padahal kat jalan perumahan jer itu pun diorang buat. Jadi sapa yang nak duduk kat ipoh nasihat aku jaga2 dengan diorang sebab takut dia jatuhkan kau

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dulu belajar di ipoh sekolah rendah & menengah... dok kL sekarang... aku rs ok je org ipoh ni... ko salah cari member bro. jgn generalisedkan untuk semua org

      Delete
    2. Aku pn tak pernah jumpa mcmni kat ipoh. Aku rasa org ipoh baik2 je. Klau hg pi penang pn org ckp mcmtu. Tp aku x jumpa jgk kcuali bw kete mcm org gila kat penang mmg belambak la. Hg jmp org mcmtu sbb hg pn mcmtu kot bro

      Delete
    3. jgn2 hang yg org Ipoh kot wkakakaka

      Delete
  4. Sudahlah tak payah bangga dengan bahasa korang. Baiki perangai korang dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau dah kenapa meroyan kat sini. Aku rasa org ipoh elok je. Kau tu yg gak elok agaknya

      Delete
  5. Gebor = selimut.
    Seprah = alas meja.

    ReplyDelete
  6. Semedang = selalu.
    Seriat = hujan berhenti.

    ReplyDelete
  7. Hujung ir jadi io? Maknanya perkataan hampir disebut hampio? Getir disebut getio? Buasir jadi buasio?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails