Tuesday, September 21, 2010

Bestnya IT




Baru-baru ni saya balik kampung…fuhh!!!udara kat kampung ngan bandar memang berbeza...segar, byk oksigen, redup-redup...memang best...kat kampung la bleh buat banyak aktiviti..gi mandi sungai, gi kebun, tengok kolam ikan (bagi sape yang ade), tangkap ikan kat lombong macam-macam lagi la bleh buat...kat kampung la ade buah bleh kita makan...memang syok habis...kat kampung jugak la bleh jumpa sedara mara...ye lah mereka lah teman bermain, teman berborak, teman stay up dr kecik sampai la ke besar...klau jumpa mesti ade macam-macam nak bercerita mana taknya masing-masing duk tempat lain ada kat johor, perak, melaka, selangor...kat kampung je la nak jumpe...

Tapi skrang memang dah lain…budak-budak skrang hanya balik kampung sahaja terperap dalam bilik main hanset masing-masing…perghhh…apa suma ni...kita balik kampung bukan nak layan benda-benda teknologi ni...masa ni la nak erat silaturrahim...nak tahu pengalaman masing-masing...bukannya nak update facebook, nak chating, nak bertukar-tukar lagu kat hanset, main game...tak salah klau kita ni pandai IT tapi jangan la buta sosial...kita kena bersederhana dalam suma perkara...klau kita balik kampung cuba kita lihat ape yang sedar kita buat...adakah mereka dengan teknologi yang meraka miliki atau bersama kita...

Cuba kita lihat budak-budak skrang sumanya leka dalam dunia IT…pernah saya tanya seorang budak ketika saya mengambil angin di taman permainan... “adik punya hanset ke”...dia kata “yup...canggih kan bang”...borak punyer borak rupanya adik tu baru 9 tahun...kecik lagi dah ada henset yang canggih dari saya...hebat gak mak ayah dia beli hanset tuk anak dia yang kecik lagi...ingat lagi henset pertama saya yang dapat masa upper 6...masa tu pun jarang guna...ye la nak guna buat pun duk asrama kan...haha...sememangnya klau kita lihat budak-budak skrang memang dekat dengan teknologi sehinggakan tidak mahu keluar rumah, tidak mahu menziarahi sedara mara lebih seronok dengan dunia IT...tak salah kita nak berIT tapi biarlah berpada-pada jangan sampai kita dimakan dalam dunia IT....fikir-fikirkanlah.....



2 comments:

  1. skg makan fb, main fb, tdo fb, study pn fb lagiiiiii....pkembangan sOsial yg menggila..tu lah realitinya kn?

    ReplyDelete
  2. itulah realitinya...kita kena ingat kita kena bersederhana dlm segala perkara....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails