Tuesday, August 17, 2010

Pendakwah Gila-Gila

Teringat kembali pengalaman saya ketika dalam perjalanan pulang dari membeli-belah dimana ketika berada di dalam bas rapid saya melihat kelibat seorang pak cik berpakaian kemas dengan berkot dan berkopiah di kepalanya. Ketika itu, pak cik tersebut begitu ligat memarahi dan menasihat penumpang-penumpang yang berada di dalam bas kerana kelakuan anak muda zaman sekarang yang pakaian ketat-ketat menjolok mata, duduk berpasangan sambil berpelukan walaupun tidak berkahwin dan tidak berbudi bahasa kepada orang yang lebih tua. Boleh dikatakan pak cik tersebut memarahi semua orang di dalam bas sehinggakan saya merasa pelik akan kelakuannya sehinggalah dia menegur saya dengan sopan tetapi dengan tiba-tiba pak cik tersebut naik angin memarahi saya tanpa mengetahui sebabnya. Oleh itu saya memerhati beliau akhirnya saya faham bahawa beliau adalah gila sebenarnya.

Apa yang menarik tentang pak cik ini ialah beliau berani menegur dan marah atas maksiat yang sedang berlaku di depan kata mata kita dan menggunakan hujah dalil dan hadis sedangkan kita yang celik akal sempurna paincaindera ini tidak berani untuk menegur untuk mencegah maksiat yang berlaku. Ingatlah bahawa kita adalah umat Islam dan kita mempunyai tanggungjawab untuk saling memperingati sesama saudara kita. Bagi saya kita kenalah menjadi pak cik tersebut untuk berani. Pedulikanlah apa orang akan kata bahawa kita adalah pendakwah gila-gila tetapi apabila kita disoal oleh Allah kita menpunyai bukti yang kita melakukan tugas kita sebagai umat Islam.

Jadi mana yang kita mahu samaada yang waras tetapi penakut untuk menegakkan agama Allah atau orang gila yang berani menegakkan kebenaran....fikir-fikirkanlah

"hidup ini perlu banyak memberi dari banyak
dari banyak menerima"

3 comments:

  1. wah..pasni ko bleh la try cm tu gak..

    ReplyDelete
  2. bdakwah cara gila2 mcm pkcik tu xpe..tp jgn jd gol. pendakwah yg bsikap gila2 smpai org luar wat penilaian yg negatif ttg kita..abis, sape nk dgr ckp kte kalo dyOrg dh pndg lain mcm ngan sikap kte tu,,,,tutttttt..!!

    ReplyDelete
  3. sbb tu dlm semua perkara ada hadnya...kita kena jd gila2 tp biarlah dgn bijaksana....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails